Viber Memperkenalkan Koleksi Pelekat, Sokongan Push-To-Talk Dan Aplikasi Mesra Tablet Android

Diterbitkan pada Nov 12, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Viber merupakan salah satu aplikasi untuk tujuan komunikasi yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, mereka telah pun menerbitkan aplikasi Viber 4.0 yang mana menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Viber 4.0

Aplikasi Viber 4.0 yang hadir untuk pengguna iOS dan Android ini kini menyertakan sokongan pelekat yang sedia popular pada beberapa aplikasi permesejan yang lain. Melalui Sticker Market, kini pengguna boleh memuat-turun pelekat kegemaran mereka dan menggunakannya ketika menghantar mesej kepada rakan-rakan.

Disamping itu, untuk menghantar pesanan suara ringkas, kini sokongan Push-To-Talk disertakan pada aplikasi berkenaan.

Dan khusus untuk pengguna Android pula, kini Viber 4.0 membawakan antaramuka yang dioptimasikan untuk paparan tablet berbanding sebelumnya.

Bersama-sama kemaskini ini, beberapa kemaskini kecil yang lain turut disertakan pada Viber 4.0 ini. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Viber hari ini dan menggunakannya dalam berkomunikasi bersama rakan anda.

Muat-Turun Viber untuk Android
Muat-Turun Viber untuk iOS

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami