Cari @ Amanz

Nampaknya dalam usaha memudahkan pengguna mengakses aplikasi Android, pihak BlackBerry membawakan beberapa perubahan, dan kini melalui versi pembangunan BlackBerry 10.2.1, ia dilihat proses pemasangan fail APK dipermudahkan.

Sebelum ini, sekiranya pengguna BlackBerry 10 ingin memasang fail Android, mereka diperlukan untuk mengubah ia ke fail BAR dan melalui beberapa langkah terlebih dahulu.

BlackBerry Instagram

Perkara ini dilihat diubah pada BlackBerry 10.2, dimana proses pemasangan dimudahkan – terus melalui fail APK (aplikasi Android).

BlackBerry 10.2 juga dikatakan akan hadir dengan Android Runtime yang dikemaskini, membolehkan aplikasi Android berjalan padanya dengan lebih lancar.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah versi BlackBerry 10.2.1 akan diperkenalkan kepada para pengguna. Semestinya dengan ketirisan maklumat awal ini, ia membuatkan pengguna BlackBerry 10 sedia ada untuk tidak sabar mencubanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd