Pengguna GMail Kini Boleh Menyimpan Fail Lampiran Terus Ke Google Drive

Pengguna GMail Kini Boleh Menyimpan Fail Lampiran Terus Ke Google Drive

Diterbitkan pada November 13, 2013 oleh .

Google nampaknya mula mengintegrasikan satu sama lain perkhidmatan mereka dengan lebih baik. Terkini, mereka mengumumkan sokongan untuk terus menyimpan fail lampiran yang disertakan melalui emel ke GMail terus pada Google Drive.

GMail Lampiran

Perkara ini mungkin akan memudahkan pengguna untuk mengakses fail lampiran tersebut pada kemudian hari, dan tidak lagi perlu risau fail tersebut hilang dan sebagainya.

Pada fail lampiran yang disertakan di emel GMail, kini ia memperlihatkan dua ikon, iaitu memuat-turun dan juga ikon Drive. Dengan klik pada ikon Drive, ia akan memberikan pilihan untuk pengguna sama ada ingin menyimpan pada sebarang folder di Google Drive.

Sokongan ini akan diperkenalkan kepada pengguna desktop terlebih dahulu, dan ia akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna.


TIPS & ULASAN