Cari @ Amanz

Twitter sebelum ini telah pun menawarkan aplikasi Vine untuk iOS dan juga Android. Hari ini, mereka memperluaskan tawaran dengan melancarkan aplikasi berkenaan untuk pengguna Windows Phone.

Vine Windows Phone

Seperti biasa, menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh merakamkan video selama 6 saat dan berkongsi dengan rakan-rakan lain menggunakannya. Sokongan kamera hadapan turut disertakan, dan seperti beberapa aplikasi Windows Phone yang lain, Vine turut membolehkan pengguna pin akan akaun Vine pada skrin utama Windows phone.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Vine hari ini di Windows Phone Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd