Cari @ Amanz

Google ChromeSelain pengenalan versi beta baru semalam, pihak pembangun pelayar web Google Chrome juga hari ini telah mengemaskini saluran stabil mereka dan melancarkan Google Chrome 31 untuk Windows, Mac, Linux dan juga Chrome Frame.

Selain daripada kemaskini sekuriti, Chrome 31 dilihat menyertakan sokongan untuk pembayaran web melalui Google Wallet disamping turut menyertakan sokongan portable native code.

Pihak Google turut menyatakan yang mana pemain Flash telah dikemaskini kepada versi 11.9.900.152 bersama-sama dengan pengenalan pelayar web ini.

Bagi mereka yang menggunakan Chrome, anda akan menerima kemaskini automatik untuk pelayar web anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd