WeChat Game Centre Akan Diperkenalkan Untuk Pengguna Malaysia Tidak Lama Lagi

WeChat Game Centre Akan Diperkenalkan Untuk Pengguna Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 13, 2013 oleh .

WeChat merupakan aplikasi permesejan yang agak popular dikalangan pengguna tempatan. Mereka sedia menawarkan sokongan permainan mudah-alih dibeberapa buah negara, dan fungsi tersebut dijangka akan hadir untuk pengguna Malaysia tidak lama lagi.

Sokongan permainan ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini, yang mana akan membolehkan pengguna untuk mencabar dan memainkannya bersama-sama rakan-rakan dan ahli keluarga mereka.

Untuk permulaan, sebanyak tujuh permainan dalam versi Inggeris dijangka akan disertakan pada aplikasi berkenaan, dan akan ditambah dari masa ke semasa.

Selain WeChat, satu lagi platform permesejan popular yang mengintegrasikan sokongan permainan pada aplikasi mereka adalah LINE.


TIPS & ULASAN