Kod Sumber Apple II DOS Diterbitkan Oleh Computer History Museum

Kod Sumber Apple II DOS Diterbitkan Oleh Computer History Museum

Diterbitkan pada November 13, 2013 oleh .

Computer History Museum sering menambah pelbagai perkara berkaitan sejarah perkomputeran pada laman mereka. Awal tahun ini mereka telah menambah kod sumber Adobe Photoshop versi terawal, dan hari ini mereka menambah kod sumber Apple II DOS.

Apple II

Kod sumber ini diterbitkan pada laman tersebut untuk dimuat-turun pengguna dan digunakan untuk tujuan tidak komersial.

Apple II sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 1978, dimana ia merupakan komputer pertama dengan sokongan floopy, dan memerlukan perisian yang selari dengannya.

Kod sumber ini diterbitkan kepada umum dengan kebenaran daripada pihak Apple. Computer History Museum juga menyediakan beberapa dokumen dan berkongsi mengenai era awal Apple II pada halaman mereka.


TIPS & ULASAN