Cari @ Amanz

Nokia RefocusKetika pengenalan Lumia 1520 tempoh hari, pihak Nokia telah memperlihatkan kehadiran sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai Refocus. Kini, ia diterbitkan pada Windows Phone Store, membolehkan mereka yang memiliki peranti Lumia PureView untuk memuat-turun dan menggunakannya.

Aplikasi Nokia Refocus ini ditujukan kepada gambar-gambar dengan kadar kontras yang tinggi, seperti rakaman gambar macro. Ia membolehkan anda merakamkan sehingga dua ke lapan rakaman, dan kemudiannya membolehkan anda membuat fokus ke sesuatu perkara dengan mudah selepas rakaman gambar dilakukan.

Beberapa sokongan penyuntingan turut disertakan, selain membolehkan pengguna untuk berkongsi terus ke SkyDrive, Facebook dan sebagainya.

Bagi mereka yang menggunakan peranti Lumia 920, Lumia 925, Lumia 928, dan Lumia 1020, anda boleh memuat-turun dan memasangnya pada peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd