Imran Ajmain Menyertai Amanz – Menguruskan #TechTambur

Imran Ajmain Menyertai Amanz – Menguruskan #TechTambur

Diterbitkan pada November 13, 2013 oleh .

Imran AjmainSelain daripada dua beradik kita, bermula hari ini juga, saudara Imran Ajmain yang sedia popular dengan beberapa lagu seperti Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang dan sebagainya turut sama menyertai Amanz.

Di Amanz, Imran Ajmain akan lebih menulis kepada artikel berkaitan dengan teknologi dan muzik. Segmen tulisan beliau akan dikenali dengan nama #TechTambur. Kami menjangkakan untuk menerbitkan karya beliau setiap minggu pada hari Khamis di Amanz. Beberapa perancangan lain juga dalam perbincangan yang mana kami akan kongsikan bersama-sama anda dari masa ke semasa.

Imran Ajmain sendiri sedia aktif dalam arena media sosial, selain mana turut menggunakan medium tersebut seperti WeChat, Spotify, YouTube, Deezer, iTunes dan sebagainya dalam mempromosikan hasil karya beliau.

Jadi, sama-sama kita nantikan perkongsian Imran Ajmain mengenai kesan baik dan buruk yang dibawakan oleh teknologi terhadap industri muzik, dan pelbagai perkongsian menarik yang lain daripada beliau. Yosh!

Anda boleh ikuti Imran Ajmain di Twitter @ImranAjmain, ataupun mengikuti karya penulisan beliau di blog rasmi beliau. Jangan lupa langgani saluran YouTube rasmi beliau.


TIPS & ULASAN