Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan Moto X sebelum ini, hari ini Motorola menambah telefon pintar baru dibawah mereka, dinamakan sebagai Moto G.

Moto G

Moto G merupakan telefon pintar dengan skrin bersaiz 4.5-inci dan dilengkapi memori 1GB RAm, cip empat-teras Snapdragon 400, serta bateri 2070mAh. Dari segi spesifikasi, ia boleh dikatakan Moto G merupakan peranti dengan spesifikasi pertengahan. Moto G turut menyertakan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang untuk tujuan rakaman gambar dan video. Telefon pintar ini juga dilengkapi Android 4.3 dan dijangka akan menerima Android 4.4 menjelang Januari 2014 kelak.

Dari segi rekaan, ia membawakan rekaan seumpama Moto X, dan didatangkan dengan sokongan untuk mengubah kerangka luar belakang.

Walaupun peranti keluaran Motorola ini kelihatan menarik, apatah lagi pada tanda harga $179, namun ia dilihat seperti tiada perancangan untuk memasuki pasaran tempatan buat masa ini. Mungkin bagi mereka yang ingin mendapatkannya, perlu menantikan penjual tempatan membawa masuk set dari Amerika atau negara lain dan menjualnya di sini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd