Permainan Asphalt 8 : Airbone Dilancarkan Untuk Windows 8.1 Dan Windows Phone 8

Permainan Asphalt 8 : Airbone Dilancarkan Untuk Windows 8.1 Dan Windows Phone 8

Diterbitkan pada November 14, 2013 oleh .

Screenshot.252235.1000003
Siri permainan Asphalt pasti tidak asing lagi bagi peminat genre perlumbaan pada peranti mudah alih. Selepas beberapa bulan ia dilancarkan kepada pengguna Android dan iOS, kini pihak Gameloft turut sama melancarkan permainan Asphalt 8: Airbone kepada semua pengguna Windows 8.1 dan Windows Phone 8.

Asphalt 8 untuk kedua-dua platform ini turut menampilkan permainan perlumbaan yang serupa sama seperti yang terdapat pada platform Android dan iOS. Ia membawakan corak permainan yang lebih menarik dan didatangkan dengan pilihan sehingga 48 model kereta berjenama yang lebih lagi berbanding Asphalt 7: Heat sebelum ini.

Permainan ini turut hadir dengan kebolehan multiplayer antara peranti, membolehkan pengguna untuk mengadakan perlawanan sehingga 8 pemain antara peranti Windows yang lain. Turut didatangkan bersama sokongan cabaran Ghost yang dapat menguji ketangkasan masa melalui perbandingan catatan masa terbaik pemain. Cuma apa yang mengecewakan ia tidak didatangkan dengan integrasi Xbox Live yang sedia terkenal pada platform Windows.

Bagi mereka yang berminat, Asphalt 8: Airbone ditawarkan pada harga RM6 untuk pengguna Windows 8.1 melalui saluran Windows Store manakala untuk pengguna Windows Phone 8 pula boleh mendapatkannya pada harga RM2.99 melalui Windows Phone Store bermula hari ini.

Muat-Turun: Asphalt 8 untuk Windows 8.1

Muat-Turun: Asphalt 8 untuk Windows Phone 8


TIPS & ULASAN