Pada bulan lepas, pihak Facebook telah memulakan ujian untuk aplikasi Facebook Messenger yang diberikan rekabentuk antaramuka baru. Setelah dalam fasa ujian sehingga kini, hari ini ia mula dilancarkan dengan lebih meluas untuk pengguna Android dan iOS.
Facebook Messenger baru ini membawakan rekaan antaramuka yang lebih ceria, disamping mana turut membawakan integrasi penggunaan nombor telefon. Ia akan membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka yang telah mendaftarkan nombor telefon mereka di Facebook.
Bagi mereka yang menggunakan Facebook Messenger, anda boleh mengemaskini aplikasi tersebut hari ini dan menggunakannya dengan rekaan antaramuka baru ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun Facebook Messenger untuk Android
- Muat Turun
- Muat-Turun Facebook Messenger untuk iOS