Galaxy Camera Generasi Kedua Dilaporkan Kini Dalam Ujian Percubaan

Galaxy Camera Generasi Kedua Dilaporkan Kini Dalam Ujian Percubaan

Diterbitkan pada November 14, 2013 oleh .

Samsung Galaxy Camera merupakan kamera digital daripada pihak Samsung yang mana menjalankan sistem operasi Android. Terkini, pihak @evleaks berkongsi sebuah gambar dikatakan rakaman daripada generasi kedua keluarga Galaxy Camera tersebut.

GCameraM1520004

Info berkenaan apakah spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui buat masa ini.

Galaxy Camera versi asal telah diperkenalkan pada Ogos 2012, yang mana menawarkan sokongan rakaman gambar dan video yang cantik, dilengkapi dengan beberapa kesan khas yang terbina padanya.

Sekiranya mengikut jadual pembangunan setahun yang biasa diaplikasikan pada peranti keluarga “Galaxy”, kamera digital ini sepatutnya telah dilancarkan pada tahun ini. Namun, mungkin kerana ia kamera mengambil sedikit masa dan sebagainya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan Galaxy Camera 2 daripada Samsung ini.


TIPS & ULASAN