Google Play Education Dilancarkan Secara Rasmi – Memfokuskan Pelajar Dan Sekolah

Google Play Education Dilancarkan Secara Rasmi – Memfokuskan Pelajar Dan Sekolah

Diterbitkan pada November 14, 2013 oleh .

Chromebook daripada pihak Google sedia digunakan di beberapa sekolah seluruh dunia. Kini, Google dilihat terus memperluaskan tawaran mereka untuk pendidikan dengan melancarkan secara rasmi Google Play Education.

Google Play for Education ini pernah diumumkan oleh Google pada Google I/O 2013 yang lepas, dan kini selepas beberapa bulan dilihat telah bersedia untuk pelancaran rasminya.

Google Play for Education memfokuskan kepada penggunaan platform Android, dimana menggunakan tablet dan pelbagai aplikasi yang memfokuskan untuk pembelajaran. Beberapa sekolah telah pun diuji dengan kesan penggunaannya dan dilihat ia memperlihatkan hasil yang positif.

Pada halaman rasminya, Google menyenaraikan Nexus 7 selain mana dua lagi tablet baru yang akan hadir daripada Asus dan HP pada tahun hadapan untuk tujuan ini. Aplikasi yang melepasi kriteria untuk pendidikan ini juga bakal menyertakan tanda khas padanya kelak.

Buat masa ini, Google tidak berkongsi mengenai berapakah aplikasi yang ditawarkan, selain mana sekolah dan negara mana yang telah mula mengimplementasikannya.

Jadi, apa kata anda? Adakah penggunaan tablet dalam bilik darjah akan memberikan kesan positif kepada pembelajaran?


TIPS & ULASAN