Google Now Kini Mengintegrasikan Data Waze Dan Memperlihatkan Kemaskini Berita

Diterbitkan pada Nov 14, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak Google hari ini mula memperkenalkan kemaskini aplikasi Google Search untuk Android, dimana bersama-sama dengannya, beberapa fungsi baru termasuk sokongan card baru ditambah.

Antaranya adalah sokongan integrasi data Waze pada card Google Maps, sekaligus membolehkan masa laluan diperlihatkan dengan lebih tepat lagi.

Google Now

Pada masa yang sama, kini pihak Google juga turut mula memperlihatkan beberapa berita menarik yang menjadi minat seseorang pengguna. Berkemungkinan ia menggunakan data daripada carian yang dilakukan pada enjin carian mereka dan sebagainya.

Buat masa ini, ia dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin semua pengguna akan menerimanya tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami