Cari @ Amanz

DotA 2 mengumumkan kemaskini terbaru iaitu Three Spirits pada hari ni,  membawakan 2 karakter baru iaitu Earth Spirit dan Ember Spirit. Turut disertakan bersama dalam kemaskini ini ialah acara yang amat dinantikan oleh pemain iaitu Diretide, bermula 14 November sehingga 28 November.

Kontroversi berkenaan Diretide memuncak apabila pasukan pembangun Dota 2 iaitu Valve tidak melancarkan Diretide yang sepatutnya disertakan ketika perayaan Halloween berlangsung. Setelah menerima asakan daripada para pemain, Valve memaklumkan pada blog DotA 2 bahawa pasukan pembangun akan menyertakan Diretide pada kemaskini seterusnya.

Turut disertakan bersama-sama dalam kemaskini ini beberapa fungsi dan ciri-ciri baru iaitu In-Game Coaching untuk membantu pemain-pemain baru, Crafting, Socketing, Showcase View, dan juga turut disertakan bersama-sama 3 Treasure Box terbaru iaitu Ember Essence, Earth Essence dan Ghastly Treasure.

Untuk butiran penuh kemaskini, anda boleh merujuk di laman sesawang DotA 2. Kemaskini Three Spirits boleh mula dimuat turun bermula hari esok.

treasure box new

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd