HTC One Max Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

HTC One Max Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada November 14, 2013 oleh .

HTC One Max merupakan telefon pintar keluarga phablet daripada pihak HTC, dan telah dilancarkan pada bulan lepas. Kini, ia dilihat peranti berkenaan bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan – 21 November.

HTC One Max

HTC One Max

HTC One Max masih mengekalkan rekabentuk yang dibawakan oleh keluarga HTC One, dan membawakan bahagian belakang yang boleh ditanggalkan. Sebagai fungsi tambahan, phablet ini turut menyertakan pengimbas cap jari terbina pada bahagian belakangnya.

HTC One Max juga turut didatangkan dengan HTC Sense 5.5 yang mana membawakan beberapa pembaharuan dan penambah-baikkan.

Harga dan tarikh jualan untuk telefon pintar ini dijangka akan diketahui pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN