Nokia Camera Dikemaskini Dengan Sokongan Format RAW – Masih Tidak Dapat Digunakan Semua

Nokia Camera Dikemaskini Dengan Sokongan Format RAW – Masih Tidak Dapat Digunakan Semua

Diterbitkan pada November 14, 2013 oleh .

Nokia hari ini telah mengemaskini aplikasi Nokia Camera mereka, dimana bersama-sama dengannya ia membawakan sokongan rakaman imej DNG (Digital Negative) bagi pengguna Lumia 1520 dan juga Lumia 1020.

Namun, ia masih tidak dapat digunakan pengguna, sehinggalah mereka memasang kemaskini Nokia Black untuk peranti mereka. Kemaskini ini dijangka akan hadir ke peranti Lumia pada suku pertama tahun hadapan.

Aplikasi Nokia Camera telah diperkenalkan sebelum ini yang mana merupakan gabungan kepada aplikasi Nokia Smartcam dan juga Nokia Pro Cam. Menggunakannya, ia membolehkan pengguna peranti Lumia dengan sokongan PureView untuk menggunakannya dalam mengawal pelbagai perkara, termasuk ISO rakaman gambar dan sebagainya.

Muat-Turun Nokia Camera untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN