GMail Untuk iOS Menerima Kemaskini Bersempena iOS 7 – Lebih Menarik Pada iPad

GMail Untuk iOS Menerima Kemaskini Bersempena iOS 7 – Lebih Menarik Pada iPad

Diterbitkan pada November 15, 2013 oleh .

Google hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi GMail bagi para pengguna iPhone, iPad dan juga iPod Touch. Bersama-sama dengannya, beberapa kemaskini visual bersempena dengan iOS 7 turut disertakan.

Namun, perhatian utama dilihat diberikan untuk pengguna tablet, dimana kini Google lebih mengoptimasikan penggunaan GMail pada tablet bergantung kepada secara mendatar ataupun menegak.

GMail iPad

Apabila digunakan secara mendatar, sebuah menu khas diperlihatkan pada bahagian kiri aplikasi yang memudahkan perubahan dilakukan pada kotak inbox, disamping memperlihatkan notifikasi mesej yang tidak dibaca.

Selain itu, sekiranya inginkan pengalaman pembacaan dan membalas emel yang lebih baik, Google kini turut menawarkan sokongan paparan penuh untuk mesej apabila digunakan secara menegak.

Bagi pengguna iPhone, iPad dan juga iPod Touch, anda boleh memuat-turun GMail untuk iOS hari ini daripada AppStore.

Muat-Turun GMail untuk iOS


TIPS & ULASAN