Hari demi hari, permasalahan pepijat pada sistem operasi iOS dikenal pasti oleh pengguna dan kini, pihak Apple telah memperkenalkan kemaskini iOS 7.0.4 kepada semua pengguna peranti iOS seperti iPhone, iPad, dan iPod Touch.
Beberapa permasalahan seperti gangguan pada fungsi FaceTime telah dilaporkan yang mengakibatkan sesetengah pengguna gagal untuk membuat panggilan melalui fungsi tersebut.
Melalui iOS 7.0.4, ia membawakan kemaskini kecil untuk menangani permasalahan ini sekaligus dapat memberi kelancaran pada penggunaan FaceTime antara peranti iOS.
Keseluruhan saiz kemaskini ini adalah sekitar 17MB dan anda hanya perlu ke halaman Settings > General > Software Update untuk menyemak dan memulakan kemaskini ke iOS 7.0.4.