Pra-Tempahan Rasmi Untuk PlayStation 4 Kini Boleh Dilakukan

Pra-Tempahan Rasmi Untuk PlayStation 4 Kini Boleh Dilakukan

Diterbitkan pada November 15, 2013 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman rasmi PlayStation 4 di Malaysia semalam, hari ini pihak Sony telah pun mula mengambil pra-tempahan bagi mereka yang berminat, sebelum set tersebut mula dijual dan ditawarkan untuk pengguna tempatan pada 20 Disember 2013 kelak.

Pra-tempahan ini akan dilakukan bermula daripada hari ini (15 November) sehinggalah ke 13 Disember 2013 kelak. Buat masa ini, lokasi yang mengambil pra-tempahan ini agak terhad, dimana hanya di Sony Store (KLCC atau The Curve), Sony Store Online dan juga Focus Stores.

PlayStation 4

Seperti semua sedia maklum, PlayStation 4 ditawarkan pada harga RM1799 yang mana hadirnya bersama-sama konsol 500GB, sebuah alat-kawalan DUALSHOCK 4, sebuah mono headset, satu kabel HDMI, satu kabel USB, dan juga kabel kuasa.

Pada harga RM1899 pula pengguna akan diberikan tambahan satu PlayStation Camera.

Sony turut menawarkan permainan Battlefield 4 dan juga PlayStation 4 pada harga RM1969, ataupun PlayStation 4 dengan permainan Killzone pada harga RM1939. Kedua-duanya tidak hadir dengan PlayStation Camera.

Dengan membuat pra-tempahan, Sony menawarkan beberapa bonus tambahan. Dimana untuk set Battlefield 4 dan juga Killzone, ia didatangkan dengan langganan PlayStation Plus selama dua bulan dan juga baucar PSN RM20.

Untuk set PlayStation 4 biasa dan juga yang hadir dengan PlayStation Camera, Sony menyertakan bonus pra-tempahan langganan PlayStation Plus selama sebulan.

Jadi, adakah anda akan melakukan pra-tempahan untuk konsol generasi baru daripada Sony ini?


TIPS & ULASAN