BlackBerry Messenger Kini Membawakan Sokongan Untuk iPod Dan iPad

BlackBerry Messenger Kini Membawakan Sokongan Untuk iPod Dan iPad

Diterbitkan pada November 15, 2013 oleh .

Ketika pengenalan BBM untuk iOS tempoh hari, ia hanya terhad kepada iPhone dan juga iPad versi selular. Namun, kini dilihat pihak BlackBerry turut menawarkan aplikasi mereka kepada pengguna iPod dan juga iPad versi WiFi.

BlackBerry Messenger iOS

Untuk menggunakannya, pengguna perlu terlebih dahulu menggunakan iOS 6.0 dan yang terkini. Daripada apa yang dilihat, aplikasi ini walaupun boleh digunakan pada skrin iPad, namun dari segi paparan tidak dioptimasikan sepenuhnya, dan hanya menawarkan paparan gandaan pada iPad seperti beberapa aplikasi lain di pasaran.

Bagi pengguna iPod dan juga iPad yang ingin memuat-turunnya, boleh ke Apple AppStore hari ini, dan mendapatkannya dalam berinteraksi bersama-sama rakan anda yang lain.

Muat-Turun BBM untuk iOS


TIPS & ULASAN