Aplikasi Flipboard Dilancarkan Untuk Windows 8.1

Aplikasi Flipboard Dilancarkan Untuk Windows 8.1

Diterbitkan pada November 15, 2013 oleh .

Pada beberapa bulan yang lalu, pihak Microsoft telah mengatakan aplikasi Flipboard bakal hadir untuk platform Windows 8.1 dan hari ini aplikasi yang sedia popular di Android dan iOS ini telah mula berada di Windows Store secara rasmi.

Aplikasi Flipboard membolehkan pengguna mendapatkan laporan dan berita-berita terkini melalui paparan seperti majalah digital disamping membolehkan anda menambah pautan laman web yang anda ingini melaluinya.

Screenshot.257176.1000001

Sama seperti aplikasi Flipboard pada platform lain, ia turut didatangkan dengan sokongan jaringan sosial dan kebolehan untuk mencipta ‘majalah’ anda sendiri. Ia turut hadir dengan fungsi Discover yang dapat membantu pengguna untuk mendapatkan laporan dan berita popular selain membantu untuk mencari apakah berita yang menarik untuk diikuti melalui aplikasi Flipboard.

Screenshot.257176.1000002

Aplikasi ini mula diedarkan kepada semua pengguna Windows 8.1 dan boleh didapati melalui saluran Windows Store bermula hari ini.

Muat-Turun: Flipboard untuk Windows 8.1


TIPS & ULASAN