Lanjutan daripada pengenalan lensa-kamera QX100 untuk pasaran Malaysia, hari ini pihak Sony Malaysia turut sama menambah QX10 dibawah tawaran mereka, dan dijual pada harga RM699.
Untuk makluman, lensa-kamera Sony ini membolehkan ia dihubungkan ke peranti Android dan iOS, sekaligus menawarkan sokongan rakaman gambar yang lebih jelas berbanding kebiasaan.
Sony Cyber-Shot QX10 ini membawakan lensa Sony-G dengan sokongan zoom optikal sehingga 10x, sensor pengimejan 18.2-megapixel Exmor-R, pemprosesan imej BIONZ, dan dilengkapi sokongan NFC serta Wifi.
Buat masa ini, lensa-kamera QX10 ini ditawarkan di Sony Store KLCC dan juga The Curve sahaja. Pembelian melalui Sony Store Online turut ditawarkan.