Google Menambah Venice Pada Senarai Lokasi Street View

Google Menambah Venice Pada Senarai Lokasi Street View

Diterbitkan pada November 15, 2013 oleh .

Google sedia menawarkan paparan Street View untuk beberapa lokasi di dunia, dan terkini mereka turut menambah kota cantik, Venice pada koleksi mereka. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna untuk melawat kota Venice terus daripada pelayar web komputer mereka.

StreetView - Venice

StreetView - Venice

Untuk tujuan merakamkan gambar di sekitar kota Venice ini, pihak Google telah menggunakan beberapa medium, dan salah satunya adalah Trekker mereka. Perkara ini adalah disebabkan sebahagian kota tersebut yang dibina atas air.

Selain gambaran di sekitar Venice, Google juga turut menambah beberapa bangunan dibawah Google Cultural Institute dalam memberikan gambaran yang lebih dekat berkenaan seni, budaya dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh meluangkan masa anda dalam melawat Venice terus daripada pelayar web anda hari ini.


TIPS & ULASAN