Aplikasi InstaB Pro Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Yang Terhad

Aplikasi InstaB Pro Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Yang Terhad

Diterbitkan pada November 15, 2013 oleh .

Sudah menjadi kebiasaan untuk pembangun aplikasi menawarkan aplikasi mereka secara percuma untuk suatu tempoh yang terhad. Kini, pembangun tempatan turut membuat perkara sama, dimana InstaB Pro yang sebelum ini berbayar pada iOS, dilihat ditawarkan secara percuma untuk tempoh yang terhad.

InstaB for BAby

InstaB Pro boleh dikatakan sebagai salah satu aplikasi seumpama “InstaWeather”, tetapi ia memfokuskan kepada bayi anda. Menggunakannya, anda boleh merakamkan gambar bayi anda dan menambah info seperti hari yang ke berapa, tarikh dirakamkan, dan sebagainya.

Aplikasi ini juga turut menawarkan sokongan rakaman video, disamping versi terbarunya yang menyertakan sokongan untuk menambah sticker pada gambar.

Bagi pengguna iOS yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore untuk tempoh yang terhad. Selain versi iOS, aplikasi sama juga turut ditawarkan untuk pengguna peranti Android.

Muat-Turun InstaB Pro untuk iOS


TIPS & ULASAN