Cari @ Amanz

HTC One - Android 4.3Bagi para pengguna HTC One di Malaysia, bermula hari ini, pihak HTC dilihat telah mula menawarkan kemaskini Android 4.3 Jelly Bean yang didatangkan bersama-sama Sense 5.5 untuknya.

Melalui kemaskini yang bersaiz sekitar 678MB ini, ia menyertakan beberapa pembaharuan, dimana salah satunya adalah sokongan GIF pada HTC Zoe. HTC Blinkfeed turut menerima kemaskini dengan sokongan untuk pembacaan offline, integrasi RSS, dan kebolehan untuk mematikan fungsi Blinkfeed.

Bahagian Blinkfeed juga turut menyertakan sokongan untuk Read It Later, membolehkan sesuatu artikel disimpan dan dibaca pada kemudian hari. Untuk Video Highlights pula, HTC kini menyertakan lebih banyak pilihan tema dan memudahkan proses penyuntingan dan pemilihan lagu untuknya.

Beberapa perubahan lain termasuklah pada bahagian Quick Settings, dan juga pemain muzik tersebut. Memandangkan Android 4.3 membawakan sokongan TRIM, mungkin kita akan dapat melihat prestasi penggunaan yang lebih baik pada kemaskini ini.

Untuk memulakan proses kemaskini, pengguna HTC One boleh ke halaman Settings > About > Software Updates.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd