Malaysia Dalam Negara Kumpulan Kedua Yang Bakal Menerima Motorola Moto G?

Malaysia Dalam Negara Kumpulan Kedua Yang Bakal Menerima Motorola Moto G?

Diterbitkan pada November 15, 2013 oleh .

Nampaknya seperti pihak Motorola akan kembali memasarkan produk peranti mudah-alih mereka di pasaran tempatan. Baru-baru ini pihak Motorola telah memperkenalkan Motorola Moto G, dan kini ia dilaporkan akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Moto G

Menurut AndroidAuthority, Malaysia tersenarai dalam negara pada kumpulan kedua yang akan menerima peranti berkenaan.

Motorola Moto G merupakan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan daripada syarikat yang kini dibawah milik Google tersebut. Moto G dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.5-inci (resolusi 1280×720 pixel), cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2GHz, memori 1GB RAM, dan juga kamera belakang 5-megapixel.

Peranti ini didatangkan dengan Android 4.3 Jelly Bean, dan dikatakan akan menerima kemaskini KitKat pada awal tahun hadapan.

Versi 8GB dijual pada harga $179 (~RM574) di Amerika Syarikat, dan mungkin harga rendahnya akan membolehkan ia menarik ramai pengguna untuk menggunakannya.


TIPS & ULASAN