Cari @ Amanz

Hakkyu Kim, pencipta dan pembangun utama permainan atas talian berbilang pemain (Massively Multiplayer Online, MMO) Ragnarok Online kini hadir dengan permainan yang terbaru dikenali sebagai Tree of Savior. Projek ini dibangunkan dengan kod nama R1 ini diperkatakan sebagai sekuel kepada Ragnarok Online.

Tree of Savior bakal menyertakan 80 kelas karakter, masih lagi mengekalkan ciri-ciri grafik yang sama seperti Ragnarok Online iaitu paparan 3D dari atas.

Merujuk kepada video kepermainan di atas, Tree of Savior memaparkan kawalan yang minimal yang ringkas dan kemas berbanding dengan Ragnarok Online. Dijangka maklumat lanjut mengenai permainan ini akan hadir di G*Star 2013. Tree of Savior bakal memasuki fasa beta tertutup pada bulan Februari tahun hadapan

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd