Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perisian yang memudahkan proses membuat lakaran dan mockup seperti Balsamiq dan sebagainya. Terkini, salah satu perkhidmatan yang baru dibuka kepada umum adalah NinjaMock.

NinjaMock

NinjaMockup membolehkan pembangun atau sesiapa sahaja membuat lakaran pantas untuk aplikasi mudah-alih. Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma dan juga hadir dalam variasi akaun berbayar dengan beberapa fungsi tambahan.

Menariknya mengenai NinjaMockup adalah ia berasaskan web, dan sebuah aplikasi Chrome turut disediakan untuknya. Ia menyediakan pelbagai elemen asas untuk pelbagai platform – termasuk iOS, Android dan juga Windows Phone.

NinjaMock

Menggunakannya, pengguna boleh membuat lakaran pantas untuk aplikasi mereka dengan hanya drag-drop, selain mengubah beberapa perkara seperti teks, bilangan tab dan sebagainya melalui menu yang disediakan.

Hasil akhir juga boleh disimpan dalam bentuk PDF, selain mana NinjaMockup memudahkan proses perkongsian lakaran tersebut bersama yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan ini secara percuma dengan mengakses laman rasmi NinjaMock hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd