Cari @ Amanz

Dengan saiz fail yang semakin membesar dari hari ke hari, semestinya salah satu perkara yang turut berevolusi adalah cakera keras untuk storan. Kini, pihak Western Digital memperlihatkan penggunaan teknologi HAMR pada cakera keras mereka.

HAMR (Heat-Assisted Magnetic Recording) merupakan salah satu teknologi dimana ia menggunakan kepala magnetik dan juga laser dalam merekodkan data pada kawasan yang lebih kecil berbanding kaedah rekod data yang digunakan sekarang, iaitu PMR (Perpendicular Magnetic Recording). Laser akan digunakan untuk memanaskan, sebelum data direkodkan menggunakan kepala magnetik.

Dari segi pengiraan, ia dikatakan menggunakan teknologi HAMR ini, kelak akan membolehkan cakera keras bersaiz 3.5-inci membawakan ruangan storan sehingga 60TB.

Sekiranya pembangunannya berjalan lancar dan tidak mengalami sebarang halangan, kita mungkin akan dapat melihat cakera keras dengan ruangan storan lebih 5 kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.

Selain penggunaan teknologi HAMR ini, sebelum ini pihak Western Digital juga turut sama pernah berkongsi mengenai penggunaan Helium dalam meningkatkan prestasi dan ruangan storan cakera keras.

Sementara SSD mula menjadi minat ramai pengguna, cakera keras seperti ini masih memerlukan pelbagai penambah-baikkan dalam usaha mengurangkan kos storan data, dan tawaran saiz ruangan yang besar.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan berlaku dalam masa beberapa tahun lagi dalam arena cakera keras ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd