Cari @ Amanz

Merujuk kepada pakar modul memori (RAM) Crucial Technology, modul memori baru DDR4 dijangka tiba lewat 2013 iaitu pada Disember ini. DDR4 bakal hadir lebih prestasi berbanding generasi sebelumnya iaitu tiga kali ganda lebih laju berbanding DDR3 dengan kelajuan memori asas (base memory speed) selaju 2133 MHz, dilengkapi dengan 4GB sebagai kepadatan memori asas (base memory density).

Modul DDR4 ini menggunakan sehingga 20% kurang voltan berbanding DDR3 iaitu 1.2 volt, berbanding generasi sebelumnya iaitu 1.5 volt bagi DDR3. DDR4 ini dikatakan mampu menyokong sehingga 16GB maksima kepadatan memori per modul, iaitu 2 kali ganda berbanding DDR3 yang hanya mampu menyokong 8GB maksima per modul.

DDR4_infographic

Sehingga kini, tiada jangkaan bilakah DDR4 akan hadir ke pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd