Cari @ Amanz

Gameloft yang sedia terkenal dengan tawaran permainan mereka untuk peranti mudah-alih, baru-baru ini telah menambah satu lagi permainan baru bercorak perlumbaahn kereta, dinamakan sebagai GT Racing 2 – The Real Experience.

GT Racing 2

GT Racing 2 meneruskan bentuk permainan versi sebelumnya, dimana ingin memberikan pengalaman perlumbaan kereta yang realistik kepada para pengguna peranti Android dan juga iOS.

Permainan ini boleh dikatakan membawakan bentuk permainan seumpama Gran Turismo dengan rekaan dan juga gaya fizik yang lebih realistik. Dalam usaha menjayakan permainan ini, ia dilihat Gameloft bekerjasama dengan pihak Mercedes-Benz dan menyertakan sehingga empat kereta mereka didalamnya. Selain Mercedes-Benz, hampir 35 pengeluar lain turut tersenarai dalam permainan ini.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma di Google Play Store dan juga Apple AppStore. Untuk makluman, ini merupakan permainan berbentuk freemium, dimana tawaran pembelian dalam aplikasi ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd