Asus Akan Hadir Dengan Siri Peranti Pelengkap Pada Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada Nov 16, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Asus sedia popular dengan tawaran produk-produk unik mereka, selain turut dipilih oleh Google untuk siri Nexus 7 sebanyak dua kali. Kini, mengikut laporan awal, Asus dikatakan akan turut hadir dengan peranti pelengkap (wearable device) pada tahun hadapan.

Daripada apa yang diketahui, Asus dijangka akan memperkenalkan peranti pelengkap mereka pada Computex akan datang yang dijadualkan pada 3 Jun 2014 kelak.

Peranti pelengkap telah sedia dikeluarkan beberapa pengeluar pada hari ini, termasuk Sony dengan Smartwatch 2, dan juga Samsung dengan Galaxy Gear. Selain jam tangan pintar, kaca mata pintar juga turut menjadi bualan ramai dari hari ke hari.

Ia tidak diketahui lagi apakah peranti pelengkap yang akan dikeluarkan oleh Asus. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman mereka pada Computex 2014 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami