Adakah Nokia Music Dan Mix Radio Akan Ke iOS Dan Android?

Adakah Nokia Music Dan Mix Radio Akan Ke iOS Dan Android?

Diterbitkan pada November 17, 2013 oleh .

Nokia Music dan Mix Radio merupakan perkhidmatan memfokuskan muzik dan lagu daripada Nokia untuk pengguna Windows Phone mereka. Kini, ia dikatakan perkhidmatan tersebut turut sama bakal diperluaskan ke beberapa platform lain.

Ia tidak diketahui bilakah aplikasi berkenaan akan hadir ke dua platform tersebut, tapi daripada sebuah dokumen yang tertiris ke arena web, ia dilihat selain iOS dan Android, perkhidmatan sama juga turut bakal diperluaskan ke Mac OS X, dan juga akan ditawarkan dalam bentuk HTML5.

Nokia Music telah sedia diperkenalkan kepada pengguna tempatan, membolehkan pengguna Windows Phone menikmati pelbagai jenis lagu menggunakannya.

Nokia Music

Apa pun, ia tidak diketahui lagi sama ada perancangan ini akan diteruskan ataupun sebaliknya. Satu lagi persoalan yang turut hadir adalah adakah Nokia Music akan ke Microsoft ataupun akan kekal bersama Nokia seperti HERE Maps selepas pengambil-alihan sebahagian Nokia oleh Microsoft.


TIPS & ULASAN