Apple Dilaporkan Mengambil-Alih PrimeSense – Syarikat Disebalik Sensor 3D Kinect

Apple Dilaporkan Mengambil-Alih PrimeSense – Syarikat Disebalik Sensor 3D Kinect

Diterbitkan pada November 17, 2013 oleh .

PrimeSense merupakan syarikat yang memfokuskan kepada pengimejan 3D, dan merupakan syarikat yang pernah bekerjasama dengan pihak Microsoft dalam mengintegrasikan teknologinya pada Kinect pertama untuk Xbox 360.

Kini, ia dilaporkan yang mana pihak Apple telah pun mengambil-alih syarikat berkenaan, pada harga sekitar $345 juta.

Buat masa ini, kedua-dua pihak masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Mengikut apa yang diperkatakan, teknologi ini dijangka akan diintegrasikan pada AppleTV, sekaligus membawakan beberapa fungsi tambahan, termasuk membolehkan pelbagai jenis permainan dimainkan melaluinya.

Selain daripada AppleTV, pihak Apple juga turut dikatakan akan hadir dengan set televisyen mereka tersendiri menjelang setahun dua lagi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Apple melalui penggunaan teknologi pengimejan 3D ini pada produk mereka.

Kemaskini : Ia dikatakan pengambil-alihan ini belum selesai sepenuhnya, dan kedua-dua syarikat dalam fasa perbincangan akhir.


TIPS & ULASAN