Cari @ Amanz

Nama ROCCAT mungkin sedia dikenali dikalangan mereka yang menghabiskan masa dalam arena permainan PC dan sebagainya. Selain menawarkan beberapa aksesori, kini salah satu perisian yang turut ditawarkan mereka adalah ROCCAT Power-Grid.

ROCCAT Power-Grid membolehkan pengguna menghubungkan peranti mudah-alih Android dan iOS mereka ke PC, seterusnya membuat beberapa kawalan asas menggunakannya. Perisian ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows buat masa ini.

ROCCAT Power-Grid

Sebaik sahaja selesai memasangnya pada komputer, untuk menghubungkan perisian sama ke peranti mudah-alih, anda perlu menghubungkannya menggunakan alamat IP. Perkara ini mudah sekiranya anda menggunakan sambungan WiFi yang sama, dimana anda boleh menghubungkannya menggunakan alamat IP 127.0.0.1. Namun, sekiranya anda menggunakan sambungan melalui 3G dan sebagainya, anda perlu memasukkan alamat IP bergantung kepada alamat IP pada komputer anda.

Menggunakan aplikasi ROCCAT Power-Grid ini, pengguna boleh melihat prestasi semasa komputer mereka, dan membuat beberapa kawalan seperti mengawal audio dan sebagainya terus melalui telefon pintar anda.

Disamping itu, pengguna juga turut sama boleh mengikuti kemaskini semasa dari emel, Facebook dan Twitter menggunakannya. Bagi kami, fungsi ini mungkin tidak begitu penting kerana ramai yang sedia mengikuti kemaskini tersebut melalui aplikasi khas untuk peranti mudah-alih mereka.

ROCCAT Power-Grid

ROCCAT Power-Grid

Apa yang menariknya pada ROCCAT Power-Grid adalah dimana pengguna boleh menambah “grid” tersendiri, dimana sebuah halaman khas disediakan di web untuk tujuan menambah “grid” dan sebagainya.

Buat masa ini, kebanyakkan adalah memfokuskan kepada permainan, memudahkan pengguna untuk membuat beberapa kawalan asas untuk permainan walaupun mereka tiada di depan PC.

Selain untuk permainan, beberapa “grid” untuk kawalan multimedia turut hadir, termasuk untuk pemain media VLC. Ia boleh dikatakan masih lagi pada peringkat awal, dan masih tiada banyak grid untuknya pada hari ini. Namun, untuk mereka yang gemar memainkan permainan video, dan ingin mengawal dan mengetahui status semasa permainan mereka walaupun bukan dihadapan PC, mungkin ini akan membantu.

Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri hari ini dengan memuat-turun ROCCAT Power-Grid dan memasangnya pada komputer anda dan mengawal beberapa perkara menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd