Cari @ Amanz

Sony telah memulakan jualan konsol generasi terbaru mereka, PlayStation 4 di Amerika dan Kanada pada minggu lepas, dan ia dilihat mereka mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya menjual lebih 1 juta unit dalam masa 24 jam pertama.

Walaupun berjaya dari segi unit jualan, namun beberapa pengguna melaporkan beberapa masalah pada konsol mereka. Namun, perkara ini boleh dikatakan antara perkara biasa ketika pelancaran sesuatu produk baru.

Konsol PlayStation 4 bakal dijual di Malaysia pada 20 Disember kelak pada harga bermula RM1799, dan pra-tempahan di Malaysia juga telah ditempah penuh untuk pilihan PlayStation 4 dan juga pilihan PlayStation 4 dengan PlayStation Camera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd