Galaxy Tab 3 Kids Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada Minggu Ini

Galaxy Tab 3 Kids Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada November 18, 2013 oleh .

Samsung pada bulan Ogos yang telah memperkenalkan tablet khusus untuk kanak-kanak, dinamakan sebagai Galaxy Tab 3 Kids. Kini, ia dilihat tablet berkenaan akan turut sama hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Galaxy Tab 3 Kids

Galaxy Tab 3 Kids memfokuskan kepada pembelajaran awal, disamping turut hadir dengan beberapa aplikasi khas seperti permainan untuk kanak-kanak, buku digital dan sebagainya.

Untuk ibu bapa pula, mereka boleh mengawal aplikasi yang dibenarkan untuk diakses oleh anak-anak mereka menggunakan Application Manager.

Galaxy Tab 3 Kids ini membawakan skrin bersaiz 7-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan 1.2GHz dwi-teras, kamera belakang 3-megapixel, dilengkapi Android 4.1 Jelly Bean dan hadir dalam warna kerangka kuning.

Harga dan bilakah ia akan mula dijual dijangka akan diumumkan pada minggu ini.

Samsung Galaxy Tab 3 Kids


TIPS & ULASAN