Google Sedang Membangunkan API Kamera Baru Dengan Sokongan RAW?

Google Sedang Membangunkan API Kamera Baru Dengan Sokongan RAW?

Diterbitkan pada November 19, 2013 oleh .

Vic Gundotra sebelum ini pernah beberapa kali mengatakan mereka komited dalam menyediakan pengalaman penggunaan kamera yang baik, namun, dengan pengenalan Nexus 5 baru-baru ini, ia dilihat mengecewakan beberapa pihak.

Namun, ia dilihat Google bukan sekadar berkata-kata sahaja, tetapi sebaliknya benar-benar sedang membangunkan sebuah API baru untuk kamera – dilihat telah dimulakan sejak Disember 2012 yang lepas.

Walaubagaimanapun, kod API baru tersebut dilihat tidak bersedia sepenuhnya untuk KitKat yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Google.

Mengikut apa yang diketahui, aplikasi kamera baru ini kelak akan menawarkan pemprosesan pada kadar frame yang tinggi, dan turut menawarkan output dalam bentuk RAW.

Kebiasannya, peranti Android menawarkan output gambar dalam bentuk JPEG, dimana ia sedia di compress, sebaliknya RAW adalah tidak di compress – menawarkan lebih fleksibiliti pada gambar, terutamanya kepada para jurugambar.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan ini bakal disertakan pada Android. Selain sokongan ini, antara sokongan lain yang turut dilihat adalah fungsi burst mode.


TIPS & ULASAN