Apple Memperkenalkan iOS 7.1 Beta Kepada Para Pembangun

Diterbitkan pada Nov 19, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Memperkenalkan iOS 7.1 Beta Kepada Para Pembangun

Nampaknya Apple akan memperkenalkan iOS 7.1 kepada para pengguna tidak lama lagi, apabila hari ini mereka telah pun mula memperkenalkan versi pembangunan iOS 7.1 Beta kepada para pembangun untuk platform tersebut.

Walaubagaimanapun, apakah fungsi yang akan dibawakan sepenuhnya oleh iOS 7.1 kepada umum masih tidak diketahui.

Sejak iOS 7 diperkenalkan, pihak Apple telah memperkenalkan kemaskini sebanyak empat kali, dimana versi terkini kepada umum adalah iOS 7.0.4. Namun, masih ada beberapa pengguna yang membuat aduan mengenai masalah pepijat yang ditemui padanya.

Mungkin kita akan dapat melihat versi iOS 7.1 yang lebih stabil hadir daripada pihak Apple tidak lama lagi, dimana bakal menyertakan beberapa kemaskini bersama-sama dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami