Western Digital MyCloud EX4 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Western Digital MyCloud EX4 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada November 19, 2013 oleh .

Western Digital hari ini telah menambah tawaran produk mereka untuk pasaran tempatan dengan menambah WD MyCloud EX4, yang mana membawakan NAS 4-bay memfokuskan kepada PKS, penggunaan berkumpulan dan untuk mereka yang ingin menguruskan simpanan data digital bersaiz besar mereka.

WD My Cloud EX4

MyCloud EX4 hadir bersama-sama tawaran WD Red yang sememangnya direka khas untuk penggunaan sistem NAS. Ia dilengkapi teknologi NASware 2.0, membawakan ketahan data yang lebih baik, dan mengurangkan kadar kerosakkan.

Untuk MyCloud EX4, ia boleh digunakan bersama-sama WD SmartWare Pro dalam membuat salinan pendua data komputer dan peranti. Pengguna Mac juga tuurt sama boleh menggunakan perisian TimeMachine dalam menggunakannya.

Western Digital turut menawarkan aplikasi mudah-alih untuknya yang membolehkan pengguna untuk membuat perkongsian fail, melihat gambar dan video melaluinya.

WD My Cloud EX4 ini ditawarkan dalam beberapa variasi, dimana tanpa sebarang cakera keras, ia berharga RM1359, manakala berharga RM2699 untuk 8TB, RM3259 untuk 12TB dan juga RM3999 untuk 16TB.


TIPS & ULASAN