Viber sedia menawarkan aplikasi mereka untuk beberapa platform utama peranti mudah-alih dan juga desktop. Kini, ia dilihat mereka turut menawarkan sokongan mereka dan mula menawarkannya untuk pengguna Asha.
Melalui Viber untuk Asha, ia membolehkan pengguna menghantar mesej seperti biasa bersama-sama rakan yang lain, termasuk menghantar gambar dan sebagainya samaada menggunakan rangkaian 3G atau WiFi.
Selain menghantar mesej, pengguna Asha juga turut sama boleh membuat panggilan suara kepada rakan-rakan mereka menggunakan aplikasi Viber ini.
Bagi pengguna Nokia Asha 308, Asha 310 dan juga Asha 311, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dan menggunakannya dalam berhubung bersama-sama rakan anda yang lain hari ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun Viber untuk Asha