Opera 18 Dilancarkan Untuk Mac Dan Windows

Opera 18 Dilancarkan Untuk Mac Dan Windows

Diterbitkan pada November 19, 2013 oleh .

Pembangun pelayar web Opera hari ini telah pun melancarkan versi terkini pelayar web mereka kepada pengguna desktop, iaitu Opera 18 untuk Mac dan juga Windows.

Opera 18

Beberapa pembaharuan yang disertakan pada Opera 18 adalah termasuk integrasi sokongan kamera dan juga mikrofon, menetapkan enjin carian yang khusus dengan akses pintasan, dan juga sokongan tema untuk pelayar web.

Bagi pengguna sedia ada, anda boleh mengemaskini pelayar web anda, ataupun sebaliknya memuat-turun dan menggunakannya ia pada Windows ataupun Mac. Ia tidak diketahui lagi bilakah Opera akan mengemaskini pelayar web yang menggunakan enjin “Chromium” mereka untuk pengguna Linux.

Muat-Turun Opera 18 untuk Windows da Mac


TIPS & ULASAN