BlackBerry Memperkenalkan Porsche Design P9982

BlackBerry Memperkenalkan Porsche Design P9982

Diterbitkan pada November 19, 2013 oleh .

BlackBerry telah sedia memperkenalkan beberapa peranti eksklusif mereka, dan hari ini mereka memperkenalkan Porsche Design P9982 yang mana membawakan rekaan dan ciri-ciri premium bersama-sama dengannya.

Porsche Design P’9982

BlackBerry Porsche Design P9982 ini akan hadir bersama-sama sistem operasi BlackBerry 10.2, dan dibina dengan rekaan premium – lengkap dengan edisi khas kulit buaya pada bahagian belakang yang terhad kepada 500 unit sahaja. Tetapi edisi Crocodile ini dilihat seperti tidak akan hadir ke pasaran Malaysia.

Setiap peranti ini juga turut akan hadir dengan nombor PIN yang khas untuknya, memberikan lebih elemen premium kepada pengguna peranti berkenaan. Seperti biasa, pelbagai fungsi BlackBerry 10 disertakan termasuk Priority Hub, BBM Video, papan kekunci BlackBerry dan pelbagai perkara lain lagi.

BlackBerry Porsche Design P9982 ini bakal dijual pada harga sekitar $2500 (~RM7946). Peranti ini bakal diperkenalkan dan ditawarkan di seluruh dunia bermula 21 November kelak,


TIPS & ULASAN