Konsep – Samsung Galaxy S V

Konsep – Samsung Galaxy S V

Diterbitkan pada November 20, 2013 oleh .

Kita sudah memasuki pertengahan bulan November dan ini bermakna dalam kurang 4 bulan Samsung akan memperlihatkan model terkini Galaxy S V mereka. Terdapat pelbagai spekulasi berkenaan peranti flagship (utama) Samsung ini. Antara ura-ura yang kami dengar setakat ini ialah penggunaan pemproses 64 bit, skrin melangkaui 1080p dan skrin pada 3 sisi peranti. Mari kita lihat konsep Samsung Galaxy V yang dihasilkan oleh  Maël Oberkampf. Adalah rekaan di bawah menarik minat anda? Kami rasakan skrin beresolusi 4K mungkin terlalu melampau untuk sebuah peranti sebesar 5.5 inci. Apakah fungsi yang patut ada untuk peranti generasi kelima Galaxy S pada pendapat anda? Jika ada satu fungsi yang kami benar-benar mahukan ialah rekaan semula antaramuka TouchWiz yang lebih mesra pengguna.

galaxy-s5-concept-mobile-phone-by-mael-oberkampf3

galaxy-s5-concept-mobile-phone-by-mael-oberkampf4

galaxy-s5-concept-mobile-phone-by-mael-oberkampf6


TIPS & ULASAN