Cari @ Amanz

Pada pengenalan Ghost tempoh hari, salah satu fungsi yang diminati ramai adalah sokongan Markdown yang mana membolehkan pengguna untuk membuat pemformatan penulisan tanpa menggunakan sebarang kod HTML.

Kini, ia dilihat pihak WordPress turut sama menambah sokongan tersebut, dan telah memperkenalkannya pada WordPress.com hari ini.

WordPress Markdown

Bagi mereka yang banyak membuat penulisan, fungsi ini semestinya salah satu perkara yang dinantikan, memudahkan dan menjadikan proses penulisan, penyertaan pautan dan sebagainya dilakukan dengan lebih pantas.

Pihak WordPress sedia menyediakan sebuah dokumen khas untuk rujukan pengunaan Markdown pada perkhidmatan mereka. WordPress dijangka akan memperkenalkan sokongan ini kepada versi pemasangan sendiri (WordPress.org) melalui pemalam Jetpack mereka tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd