Cari @ Amanz

Hujung minggu yang lalu Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia diadakan di Shah Alam Convention Centre. Kami melawat tapak karnival ini Ahad lalu dan di bawah ialah antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan. Pada hari tersebut kami sempat menemui Chef Zubir dan Shahri Fuyoo Magic. Karnival dua hari ini mendapat sambutan hangat dari dan para hadirin nampak terhibur dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sungguhpun karnival sudah berakhir ingin kami ingatkan kepada pembaca sekalian bahawa program-program yang ditawarkan sepanjang karnival My Lifelong Learning masih lagi berjalan. Jika anda mahu soft skills seperti pertukangan, memasak, pembaikian komputer, asas AUTOCAD ataupun kerja pendawaian elektrik kursus-kurus ini ditawarkan pada harga yang sangat rendah di kolej-kolej komuniti seluruh negara. Ini secara tidak langsung membenarkan mereka yang mungkin tidak mempunyai academic credential yang tinggi atau tidak mampu meneruskan pelajaran untuk mempelajari skill set yang mampu mengubah hidup mereka

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan serta lokasi kolej komuniti yang menawarkannya sila layari pautan laman-laman sesawang di bawah. Masih belum terlambat untuk menambah ilmu di dada kerana pembelajaran itu sepanjang hayat!

[amanz-gallery]

Advertorial daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd