Aplikasi GTA V iFruit Hadir Untuk Pengguna Windows Phone 8

Aplikasi GTA V iFruit Hadir Untuk Pengguna Windows Phone 8

Diterbitkan pada November 20, 2013 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi iFruit untuk iOS dan Android, yang mana berfungsi sebagai aplikasi pelengkap Grand Theft Auto V, hari ini Rockstar dilihat memperluaskan sokongan platform untuknya dan melancarkan aplikasi sama untuk pengguna Windows Phone.

iFruit WP8

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh membela seekor haiwan maya, disamping turut membuat beberapa perubahan pada kereta mereka dalam permainan GTA V.

Bagi mereka yang menggunakan peranti Windows Phone 8, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Windows Phone Store hari ini dan menggunakannya dalam memainkan permainan GTA V.

Muat-Turun iFruit untuk Windows Phone 8


TIPS & ULASAN