Pelayar Web Opera 18 Hadir Untuk Android Dengan Antaramuka Tablet Baru

Pelayar Web Opera 18 Hadir Untuk Android Dengan Antaramuka Tablet Baru

Diterbitkan pada November 20, 2013 oleh .

Selepas memperkenalkan kemaskini Opera 18 untuk desktop, hari ini pihak pembangun pelayar web Opera turut sama telah memperkenalkan kemaskini sama untuk pengguna pelayar web mudah-alih mereka pada Android.

Ia kini dijana menggunakan enjin Chromium 31, dan selain membawakan pelbagai peningkatan dan lebih stabil berbanding sebelumnya, pihak Opera dilihat memfokuskan kepada antaramuka baru untuk pengguna tablet.

Menurut Opera, ia bukan sekadar perubahan saiz sahaja, tetapi pelayar web mudah-alih mereka dioptimasikan untuk skrin tablet, menawarkan pengalaman pelayaran web yang lebih baik kepada pengguna.

Selain daripada itu, antara perkara lain yang dibawakan adalah termasuk kebolehan memainkan video dalam skrin penuh apabila mengaksesnya melalui halaman web.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Opera hari ini dari Google Play Store.

Muat-Turun Opera untuk Android


TIPS & ULASAN